Kami mahu setiap tempahan jelas dari awal. Ini cara bayaran, pembatalan dan pemulangan wang berfungsi.
Berkuat kuasa 26 September 2026
Lunchbox
Pesanan lunchbox dibayar penuh lebih awal, sebelum drop-off.
Anda boleh membatalkan atau menukar pesanan melalui WhatsApp selagi statusnya masih “Pesanan Diterima” — bayaran dipulangkan penuh.
Selepas pesanan mula disediakan, pembatalan tidak dapat diterima.
Jika kami membatalkan pesanan (contohnya slot ditutup), bayaran dipulangkan penuh.
Event Catering
Deposit & pengesahan
Tempahan hanya disahkan selepas deposit 50% daripada jumlah sebut harga diterima.
Tarikh majlis belum dikhaskan untuk anda sebelum deposit diterima.
Baki bayaran
Baki 50% perlu dijelaskan selewat-lewatnya 7 hari sebelum majlis.
Untuk tempahan kurang daripada 7 hari sebelum majlis, bayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan tempahan.
Jika baki tidak dijelaskan mengikut tarikh, kami berhak membatalkan tempahan dan terma pembatalan di bawah terpakai.
Pembatalan oleh pelanggan
30 hari atau lebih sebelum majlis: 80% daripada deposit dipulangkan.
14 hingga 29 hari sebelum majlis: 50% daripada deposit dipulangkan.
8 hingga 13 hari sebelum majlis: deposit tidak dipulangkan.
7 hari atau kurang sebelum majlis: tiada pemulangan — bahan dan staf telah diatur.
Tukar tarikh
Satu kali tukar tarikh tanpa caj jika dimaklumkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum majlis, tertakluk kepada kekosongan.
Deposit dibawa ke tarikh baru. Sebarang perubahan harga dimaklumkan dalam sebut harga baru.
Perubahan tetamu & menu
Bilangan tetamu dan menu boleh diubah sehingga 7 hari sebelum majlis.
Tambahan tetamu dikenakan harga per pax yang sama. Bilangan tetamu tidak boleh kurang daripada minimum pax pakej.
Mulai 7 hari sebelum majlis, bayaran dikira mengikut bilangan tetamu yang telah disahkan.
Kawasan & perkhidmatan
Harga termasuk penghantaran, persediaan di lokasi, staf hidangan serta pinggan mangkuk dan peralatan untuk majlis di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Untuk majlis di luar kawasan ini, kos tambahan akan dimaklumkan dalam sebut harga.
Pembatalan oleh kami & keadaan luar kawalan
Jika kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan, semua bayaran dipulangkan sepenuhnya.
Bagi bencana, arahan kerajaan atau kecemasan lain, kami akan berbincang dengan anda untuk tarikh baru atau pemulangan bayaran selepas ditolak kos yang telah ditanggung.
Pemulangan bayaran
Pemulangan diproses dalam masa 14 hari bekerja ke akaun yang digunakan untuk membayar.
Semua pembatalan dan perubahan dibuat melalui WhatsApp. Tarikh notis ialah tarikh mesej anda kami terima.